Islamic, Financial, Technology

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, March 30, 2018

6 Tips Bagaimana Pelajar Cemerlang Melakukan Study Group

1.  STUDY GROUP DI WAKTU PETANG
Kebanyakkan pelajar cemerlang belajar berkumpulan di waktu petang. Kenapa ya? Waktu pagi tak boleh ke?
Petang adalah waktu santai dan sosial. Biasanya minda kita sudah penat pada waktu petang. Sebab itu pelajar digalakkan belajar dalam kumpulan pada waktu petang. Ia akan menjadi medan berkongsi semula, belajar dari kawan yang lebih pandai, dan merehatkan minda.
Bilakah pelajar cemerlang belajar secara sendirian?
Biasanya mereka akan belajar sendiri pada waktu awal pagi sebelum subuh dan malam selepas isyak. Waktu ini sunyi dan segar. Baik untuk memproses maklumat yang banyak.
2.  MAKSIMUM AHLI KUMPULAN ADALAH TUJUH ORANG
Berapakah bilangan ahli kumpulan yang ideal? Anda dicadangkan untuk mengehadkan ahli kumpulan kepada 7 orang sahaja. Jika kurang lebih bagus. Namun jika ramai boleh menggangu tumpuan kumpulan.
Bukan apa…dibimbangi kumpulan bertukar daripada belajar kepada berborak dan seterusnya bermain.
3.  LANTIK SEORANG KETUA YANG TEGAS
Kejayaan sebuah kumpulan ditentukan oleh kewibawaan ketuanya. Ketua kumpulan mestilah tegas. Boleh menegur mereka yang bermain, lambat atau tidak berfungsi.
Seorang ketua juga mestilah bijak dalam membahagikan tugas supaya semua orang mendapat manfaat yang sepatutnya di dalam kumpulan.
 
4.  AHLI YANG BERBEZA KEPANDAIAN
Ahli yang berbeza kepandaian akan memudahkan kita faham banyak subjek. Boleh ditentukan Isnin hari Matematik, Selasa hari Sejarah, Rabu hari Sains dan seterusnya.
Setiap ahli dalam kumpulan akan membantu ahli yang lain berdasarkan kelebihan masing-masing.
Namun jika ahli kumpulan tangkap muat, tiada beza kepandaian itu yang membuatkan banyak study group tidak berhasil.
 5.  KETUA MESTI MEMBAHAGIKAN TUGAS DAN MAMPU MENGAWAL KEADAAN.
Ketua memainkan peranan yang penting pada study group yang dijalankan. Ini bersesuaian dengan apa yang Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam menyarankan sekiranya ada dua orang bermusafir, pastikan salah seorang daripadanya menjadi ketua.
Begitulah pentingnya peranan ketua dalam sesuatu perkara. Terutamanya dalam mengawal perbincangan supaya study group yang dibuat berkualiti dan bermanfaat.
6. MAKSIMUM STUDY GROUP ADALAH 2 JAM SAHAJA
Pelajar cemerlang belajar minimum 4 jam satu hari. Jika mereka belajar 4 jam, boleh dikatakan 2 jam belajar sendiri dan 2 jam lagi digunakan untuk belajar dalam kumpulan.
Kenapa perlu 2 jam sahaja? Sebab berdasarkan kajian, manusia boleh mencerap maklumat dengan baik pada 15 minit pertama sahaja. Selepas itu sudah mula datang bosan, mengantuk dan sebagainya. Untuk mengelakkan bosan perlu dijalankan aktiviti dan bertukar-tukar maklumat.
Jika study group dijalankan 2 jam, sekurang-kurangnya anda perlu menyediakan 8 fasa pembelajar. Contohnya :
15 minit pertama : Perbentangan
15 minit kedua : Soal jawab
15 minit ketiga : Sambungan perbentangan
15 minit keempat : Jawab soalan pembentang
15 minit kelima : Semak jawapan
15 minit keenam : Pembetulan
15 minit ketujuh : Buat peta minda
15 minit kelapan : Buat kesimpulan
Repost from: http://tapowa.com/6-tips-bagaimana-pelajar-cemerlang-melakukan-study-group/

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages